1. Kedua ibubapa saya ialah orang sungai berasal dari Kg. Bilit, Kinabatangan tetapi telah meninggal dunia. Jadi saya adalah orang sungai Kinabatangan dari Kg. Bilit.
2. Dulu pekerjaan saya ialah seorang nelayan di sungai Kinabatangan saja. Saya menggunakan pukat, bubu ikan dan selambau untuk menangkap ikan.
Saya cuba buat bisnis sendiri dalam eko-pelancongan pada permulaan tahun 2000 dan membuka kem ‘LKROY Camping Site’ di sungai Kinabatangan, Sandakan. Buat masa ini saya mempromosikan kem LKRoy melalui email ke hotel-hotel dan pusat informasi pelancongan di seluruh Sabah.
Sebab saya bertukar pekerjaan adalah kerana minat saya dengan pelancongan sangat mendalam. Saya terfikir sekiranya orang dari luar banyak membuka stail penginapan ‘lodge’ di Kg. Bilit kenapa saya tidak buat sedangkan saya pernah mengikuti kursus eko-pelancongan dan aktiviti yang boleh ditawarkan lebih berbeza daripada yang lain. Aktiviti-aktiviti tambahan yang saya tawarkan adalah seperti membawa pelancong memancing, merambat dan mencari ubat-ubatan dalam hutan.
Saya adalah seorang ‘Sabah’ yang hebat kerana sebagai anak watan Kinabatangan yang mencebur diri dalam industri pelancongan saya bertekad untuk maju dalam bidang yang diceburi:)
Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih banyak tentang saya atau kem LKRoy, sila hubungi saya di facebook.
#1 by buy atenolol on 09/08/2011 - 6:24 am
I just added your website on my blogroll. I may come back later on to check out updates. Excellent information!
#2 by buy ativan online on 10/08/2011 - 8:32 pm
I just added your website on my blogroll. Really enjoyed reading through. Excellent information!