#WhoAmISabah – En. Abdul Gafor Bin Abdul Rahman (Johor Series)

Nama bapa saya ialah Abdul Rahman Bin Mohammad, berketurunan Suluk dari Semporna. Dia berasal daripada Kg. Sinalang, Semporna, begitu juga mama saya.  Sebab utama saya datang ke Johor kerana hendak mencari kelebihan dan membuat perkerjaan sendiri.

Saya telah bekerja lebih 10 tahun sebagai drebar bas pekerja kilang dan sekarang keluarga saya tinggal di Flat Gaharu-Taman Rinting, Masai Johor Bahru.

Saya berkahwin dengan orang Sabah juga dan menetap di sini.  Seluruh keluarga pun sudah berpindah ke sini.

Anak saya berkahwin bersama orang Sabah sini dan cucu-cucu juga bersekolah di sini.  Bagi saya kehidupan di Johor ni agak selesa sedikit berbanding di Sabah. Kalau di Sabah kita mengharapkan kebun dan sebagainya tapi di sini saya bekerja, anak-anak dan menantu semua bekerja jadi kiranya kehidupan di sini agak lumayan.

Saya juga memegang jawatan Pengerusi bagi Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS), cawangan Johor Bahru selama 5 tahun.  Tujuan saya memulakan PSBS ialah untuk membantu anak watan Sabah di perantauan dengan masalah yang tertentu.  Kalau dulu dia ada masalah, dia hanya terbiar begitu tidak boleh tanggung apa-apa.

Dengan adanya Persatuan biarnya masalah kecil atau besar kita boleh tanggung bersama, biarpun dia baru atau lama sudah menetap di sini.  Kami akan cuba membantu secepat mungkin.  Tidak kira asalkan dia orang Sabah, kita sedia membantu.

Salah satu daripada projek PSBS sekarang ialah membuat kuih muih untuk dijual musim puasa ini.  Kutipan jualan akan diberi kepada orang Sabah yang menghadapi masalah di sini.  ‘We hope one day we can be successful’.

Saya sangat yakin dan percaya saya menjadi seorang Sabahan yang hebat kerana boleh memimpin orang-orang Sabah yang lain untuk menyertai Persatuan PSBS, untuk memperkasakan orang-orang Sabah di rantauan. Daripada permulaan persatuan dalam 2007, sehingga sekarang ahli yang sudah berdaftardengan PSBS telah mencecah lebih 5500 orang!

Sesiapa yang ingin menghubungi Persatuan, sila berkontak dengan sentiausaha Persatuan, Pn. Norshima Sisar di facebook, email di norshimasisar@yahoo.com atau telepon no. 0174436256.

,

  1. #1 by haji amat kassim on 06/01/2013 - 12:42 pm

    tahniah…. saya pun orang suluk juga berkerja di Penang.
    No. hp 0129 5772314.

    • #2 by Ambaga House on 06/01/2013 - 11:19 pm

      Hello Orang Sabah di Penang…..
      Saya sangat sukakan Penang, especially on the island. Suasana di sana penuh dengan sejarah dan adat resam. Dan terima kasih kerana sudi bagi kontak no.

      Boleh tak Tuan Haji bagi sedikit maklumat untuk website kita ni? Especially on 1. Keturunan – bapa + mama = bangsa kita, 2. Pekerjaan, 3. Lokasi, 4. Pesanan kepada pembaca blog dan 5. Kontak (fb/twitter)? dalam social media. Jangan lupa bagi gambar/ video juga!:P untuk merapatkan silatur rahim orang Sabah di rantauan nih.

  2. #3 by haji amat kassim on 06/01/2013 - 12:43 pm

    pembetulan no. hp 019 5772314. hj amat kassim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: