#WhoAmISabah – Jamil Mohd Akil (Johor Series)

     Nama saya ialah Jamil Mohd Akil dan berasal daripada Lahad Datu, Sabah. Kedua ibubapa saya datang daripada Kg. Puyut, Lahad Datu.  Saya datang ke Johor Bahru pada tahun1992 dan membawa keluarga saya berpindah ke sini pada tahun 1995. 

Saya bekerja sebagai seorang jurutera dalam bidang mekanikal dengan Malaysia Marine & Heavy Engineering, Pasir Gudang Johor.

Dalam peranan saya sebagai penyelia dan penguasa, baru-baru ini saya telah di hantar ke Turkmenistan untuk menjalankan tugas sebagai kontraktor.

Saya juga bergiat dalam Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS).  Saya bertugas sebagai timbalan pengerusi dan kami cuba bantu budak-budak Sabah dengan mengakhbarkan kekosongan pekerjaan  melalui mulut di Sabah dan sesiapa yang datang kami akan bantu untuk merekrut mereka ke dalam bidang ini.  Ramai yang memohon dan kebanyakannya adalah daripada kaum lelaki. Pekerjaan ini adalah lasak dan kaum perempuan tidak berminat.

Sebagai orang Sabah yang hebat saya dapati orang Sabah lah yang hebat menbawa pembangunan-pembangunan dalam bidang paip & gas. Sebab dari dulu ramai orang dari Sabah di Semenanjung Malaysia ini yang mahir dalam paip & mekanikal.  Banyak juga budak Sabah yang dapat saya ajari sehingga menjadi pekerja mahir yang hebat, bertahap antarabangsa.

Keadaan ‘on-the-field’ yang saya alami sebagai seorang penguasa ialah mengarahkan budak-budak semua bagaimana mencapai sasaran yang diarahkan pada kami oleh syarikat.   Saya dapat memimpin team saya untuk bekerja keras supaya dapat siap kerja tepat pada masanya.

Saya boleh dihubungi melalui facebook atau email ke jomil_roster@yahoo.com.my.

,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

  • Bookmark and Share
  • Advertisement

  • Popular post.

%d bloggers like this: