Saya berasal dari Sandakan dan datang ke Johor ni pada tahun 1998, selepas peperiksaan SPM mengikut ayah saya yang telah berpindah kesini pada tahun 1993. Semasa itu, emak dan keluarga kitapun ikut sama.
Ibubapa saya ialah orang Suluk dari Sandakan, Batu Satu Setengah. Saya dilahirkan di Sandakan. Saya terus bekerja disini dan lepas itu tahun 2001 saya kahwin.
Dulu saya masih bekerja, tetapi selepas mendapat anak, saya ikut abah berkerja seperti kerja sampingan menjual kosmetik avon ke apakan. Saya juga giat dalam Persatuan Suluk Bersatu Sabah dan bertugas sebagai sentiausaha persatuan.
Sekarang pun saya punya kerja macam pakcik saya, kontrak kerja kilang. Saya cari orang yang perlu perkerjaan di mana saya dapat komisen RM3 untuk setiap pekerja yang berjaya bekerja dengan syarikat. Kalau saya memang saya rekrut daripada Sabah sebab kalau sini mereka memang dah tau kan?
Kalau dari Sabah memang senang, sebab orang dah kenal dan dari persatuan (PSBS). Lagipun dulu saya juga pun pernah kerja kontrak jadi di sini memang kenali.
Saya akan meletak mana-mana nombor telepon saya untuk merekrut, apabila dapat panggilan kita jawab dan jumpa.